Monday, February 1, 2010

Bangsa Arab Sudah Hampir Binasa- Hadis ke-2

Ertinya:
Daripada ummul mukminin Zainab Binti Jahsy(isteri Rasuluallah s. .w beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil berkata: La ilaha illallah binasalah bangsa arab dari kejahatan (malapetaka) yang hamper menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka daripada pintu yakjuj dan makjuj seperti ini,dan baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu menisyaratkan seperti bulatan. ZAINAB LALU BERTANYA: Ya Rasullah ! Apakah kami akan binasa sedangkan kami masih ada orang-orang yang soleh? Lalu nabi s.a.w bersabda “ ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”.

HADIS RIWAYAT BUKHARI MUSLIM.

KETERANGAN
Hadis di atas menerangkan apabila di suatu tempat atau Negara terlalu banyak kejahatan, kefasiqan atau kemungkaran, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang-orang jahat sahaja tetapai orang-orang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitung menurut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala kefasiqan dan kemungkaran hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidaka akan terjadi malapetaka yang bukan sahaja menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas walaupun disebutkan secara khusu tentang bangsa arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa arab kerana nabi s.a.w sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada zaman permulaan penyebaran Islam adalah kebanyakkan dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari kalangan bangsa yang lain. Begitu jugalah dalam masalah maju mundurnya umat Islam bergantung kepada maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. SELAIN DARIPADA ITU, BAHASA RASMI Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian yakjuj dan makjuj adalah dua bangsa daripada keturunan nabi Adam yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh iskandar Zulkarnian dengan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehingga hamper tibanya kiamat. Maka dengan itu dinding yang kuat tadi akan hancur maka keluarlah bangsa-bangsa itu dari kediaman mereka lalu membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ia telah terjadi, menandakan hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.

No comments:

Post a Comment